Selasa, 20 Mac 2018

Spritzer Ecopark

Satu lg tempat yg menarik untuk dikunjungi di Taiping..selain dari pemandangan dan landscape yang sangat cantik..anda juga berpeluang melawat ke dalam kilang spritzer..Apa lg yg popular di sini ???...tentunya permainan mini golf...Bukan budak2 je suka permainan ni...ayah dan mak budak pun boleh join sekali...hehehe

harga for Mini-Golf :

Dewasa : RM 12.00

Kanak-kanak : RM 8.00

Warga emas : RM 8.00

Percuma bola golf dan botol air bola golf

Tambahan harga RM 4.00 untuk bola yang kedua atau bola tambahan

RM 25.00 jika penukul bola golf tidak dipulangkan balik..harga berbeza utk dewasa dan kanak2 sebab kayu golf yang berbeza..tp kalau rasa2 anak dah tak nak main..boleh je ayah nya sambung main..sebab tak ada limit masa.

Kalau bermain tak menarik hati anda, tak mengapa. Sebab anda masih boleh shopping kecil-kecilan di kedai mini yang ada cenderamata Spritzer, lepak layan kopi di kedai kopi yang classy atau masuk ke bilik khas yang menceritakan tentang air dan jenama syarikat ini.

Tempat ini nyaman, aman dan ke dalam dari jalan besar. Jadi sesuai untuk anda yang nak berehat.Kalau nak masuk Kilang Air Mineral tengok proses air Spritzer dibotolkan? Boleh. Tapi datang awal dan pastikan anda ada pada masa di bawah.

Waktu Lawatan ke Kilang

Isnin – Jumaat : 11pg & 3ptg

Sabtu : 11 pg

Harga Tiket :

Free

Tiada ulasan:

Catat Ulasan