Rabu, 16 Mei 2018

DISINILAND BATU KURAU

DISINILAND, BATU KURAU

Disiniland...sebutan namanya sahaja sudah unik bukan? Ia merupakan sebuah taman tema berkonsepkan zoo mini di Batu Kurau.. Berkeluasan enam ekar pastinya menjanjikan satu pengalaman menarik dan tersendiri buat pengunjungnya.
Bagaimanapun taman ini bukannya seperti zoo yang dipenuhi oleh pelbagai binatang juga binatang eksotik namun apa yang boleh diceritakan ialah pengalaman menyentuh rusa, unta, kuda, burung unta, lembu bali juga melihat dan memberi makanan kepada haiwan2 ini secara dekat memberi kelainan kepada ‘Disiniland’ ini. Boleh digambarkan secara keseluruhan, binatang peliharaan Disiniland cukup manja dan mesra dengan orang ramai, apabila anda mudah untuk menyentuh badan binatang itu dan memberinya makan.
Bukan itu sahaja, peluang bergambar secara dekat tidak dilepaskan dan pastinya peluang sebegitu tidak akan anda dapati jika berkunjung ke Zoo sebenar.
Di sini juga ada bermacam-macam aktiviti lain seperti menunggang kuda, memanah, All-Terrain Vehicle (ATV),memanah berkuda dan memancing ikan. Bagi anda yang berminat boleh berkunjung ke Disiniland yang dibuka pada jam 10 pagi hingga 6.30 petang, manakala pada cuti umum dan Sabtu/Ahad taman dibuka pada jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Harga tiket masuk ke Disiniland bagi pengunjung berumur 13-59 tahun (RM6) manakala bagi kanak-kanak, 3-12 tahun (RM4). Bagi aktiviti lain bayaran yang berpatutan dikenakan serendah RM2. sebarang maklumat lanjut sila hubungi 018 572 4687.

Bagi anda yg mencari tempat penginapan di Kamunting, Taiping, Batu Kurau, Bukit Merah dan kawasan sekitar..
Jemput datang ke Homestay Al-Kausar
Hanya 16 km ke Disiniland..
3 bilik dengan pendingin hawa + 2 bilik air
*Tilam tambahan disediakan di setiap bilik atas permintaan tanpa caj tambahan.
*Toto, selimut dan bantal tambahan disediakan.
Dilengkapi perabot dan kelengkapan memasak termasuk set bbq
Rm 150 - 1 mlm
Rm 300 - 2 mlm
+ Rm 100 untuk mlm ketiga dan seterusnya..
Waktu check in & check out boleh dirunding.
Call/ whatsapp : 0129327039
whatsapp :
http://homestayalkausar.wasap.my/
Untuk info tempat tempat menarik di Taiping boleh lawati :
http://homestayalkausar.blogspot.my
https://www.facebook.com/Homestayalkausar/