Rabu, 28 Mac 2018

Bukit Merah Laketown Resort

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Bukit Merah Laketown Resort adalah satu lagi  lokasi percutian popular di Perak. Ia merupakan resort yang menawarkan pelbagai keseronokan termasuk taman tema air dan keindahan alam semulajadi.

Pusat rekreasi ini menyediakan banyak permainan termasuk gondola , taman air dan pulau orang utan. Terdapat juga mini zoo atau ecopark dengan pelbagai spesies haiwan liar yang jarang dijumpai seperti temburung. Taman tema air seluas 4.4 hektar itu mempunyai 14 jenis permainan seperti gelongsor, kolam ombak, 'Giant Wet Bubble', 'Lazy River' dan 'Giant Tube Slides' serta taman air kanak-kanak 'Kids Adventure River' serta 'Kids Perak Mining Pool'.
Pulau Orang Utan yang terletak di Peranginan Laketown Bukit Merah adalah tempat yang menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat Orang Utan .

Pulau Orang Utan ini mempunyai keluasan 35 ekar.. merupakan pusat perlindungan, pembiakan, pengekalan, penyelidikan dan pendidikan Orang Utan. Para pelancong diberi peluang untuk melihat orang utan ini melakukan aktiviti harian mereka melalui terowong sangkar besi sepanjang 100 meter.

Harga tiket ke tempat tempat dalam resort ni sentiasa berubah. Sila rujuk laman web bukit Merah Laketown Resort utk harga promosi terkini.. http://www.bukitmerahresort.com.my/waterpark

Bukit Merah Laketown Resort ini terletak tidak jauh dari bandar taiping.. jadi alang2 datang ke resort ni boleh melawat tempat tempat menarik yang lain di taiping..untuk mereka yang mencari penginapan boleh singgah di Homestay Al Kausar...hanya 15 km ke bukit Merah Laketown Resort dan 13 km ke pekan Taiping.

Untuk info lanjut boleh lawati
http://homestayalkausar.blogspot.my
https://www.facebook.com/Homestayalkausar/

1 ulasan:

  1. Rumah dekat je dgn bukit merah tapi xpernah sampai lagi... bila la nak gi ni...

    BalasPadam