Selasa, 20 Mac 2018

Taman Tasik Taiping

Anda tidak boleh berkata yang anda telah melawat Taiping tanpa melawat Taman Tasik Taiping. Taman yang dibina di atas lombong bijih timah terbiar ini telah dibuka pada tahun 1880, menjadikan ia sebagai taman awam pertama di Tanah Melayu ketika itu, seperti yang tercatat di buku-buku sejarah.

Pokok besar (“angsana”) membarisi tasik ini; dahannya memanjang dari jalan ke air, yang merupakan latar belakang indah bagi pasangan baru berkahwin mengambil gambar.

Seluas 64 hektar, taman ini memiliki sepuluh tasik dan kolam yang indah, Kolam Teratai, jambatan yang mempesonakan, trek untuk berjoging serta refleksologi, semuanya dikelilingi oleh tanaman tropika, bunga-bungaan, pokok dan hidupan liar. Untuk kanak-kanak, terdapat gelanggang bermain kasut roda, bot kayuh, dan taman permainan untuk memastikan bermain di luar lebih menyeronokkan daripada bermain permainan video terkini.

Selain dari mengayuh bot itik..pengunjung juga boleh berbasikal. Macam macam jenis basikal ada..boleh rujuk gambar dibawah untuk jenis basikal dan kadar sewaan.

Sehingga ke hari ini..Taman Tasik Taiping tak pernah sunyi..dari sebesar besar acara, karnival, bazar jualan hinggalh acara acara kecil seperti sambutan hari jadi..Taman Tasik sentiasa menjadi pilihan ramai dari dalam dan luar Taiping.

Tambahan pula..sekarang sudah ada Raintree walk..laluan sepanjang 500 m ini ditutup sepenuhnya untuk kenderaan bermotor...jadi anda bebas berjalan dan mengambil gambar di bawah rimbunan pokok angsana..kalau musim cuti sekolah macam2 aktiviti dianjurkan kat sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan